JANGAN AMBIL HATI !!!


- Berhati-hati di jalan raya jika tidak anda mati
- Hatiku susah
- Aku sakit hati dengan kau
- Aku jatuh hati pada mu
- Hatiku hancur
- Hatiku hanya pada mu
- Kau buah hatiku
- Aku mencintai mu sepenuh hati
Ini adalah perkataan-perkataan yang sering di gunakan dalam pertuturan dan penulisan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Akan tetapi adakah hati ini membawa maksud yang sewajarnya?
Setahu saya ramai dikalangan orang melayu ingatkan hati itu adalah jantung.
Adakah sebab itu maka ada yang mengelar 'kau jantung hatiku'?
Saya mengambil topik ini kerana bila bab cinta, baik di media ataupun insan itu sendiri secara spontan akan meletakkan tangannya keatas dada di bahagian jantung.
Juga bilamasa sedih hati itu iaitu jantunglah dimaksudkan.
Dimanakah terletaknya hati dan jantung di dalam badan manusia?
Jantung adalah suatu organ yang sentiasa berdegup didalam badan manusia.
Ianya terletak dibahagian sebelah kiri dada.
Organ ini jika tidak berdenyut maka manusia tidak akan boleh hidup.
Lainlah jika doktor bagi tahu bahawa jantung tak berdenyut tetapi otak tak mati.
Dalam tafsiran doktor kematian otak baru dianggap insan itu mati, tetapi akikat sebenarnya jika jantung tidak berfungsi maka seluruh anggota badan akan sejuk dan kaku.
INI kerana jantunglah mengepam darah beroksigen ke dalam seluruh saluran darah dan menyerap
darah terdioksigen dari saluran ateri kanan ke paru-paru.
Pengepaman inilah akan mengekalkan suhu badan dari 34 celcius ke 36.5 celcius
Jika kurang atau lebih suhu dari had ini kepada doktorlah kita menyerah.
Jika nasib badan malang , tikus makmal lah jadinya.
Sekarang dimanakah terletaknya hati?
Hati terletak diatas bahagian perut.
Hati adalah organ yang menyerap gula dari
makanan.
Glukosa yang diserap akan disalur bilamasa badan memerlukan .
Kegagalan organ ini akan menyebabkan kandungan had gula dalam darah meningkat dan kencing manis
Kekeliruan yang sering berlaku antara hati dan jantung ini ,mungkin penjelasan dari saya akan menamatkannya.
Disini saya ingin menjelaskan bahawa fikiran suka duka hiba dan perit termasuk perasaan cinta semuanya berbutik dari otak manusia.
Otak adalah organ mengarah dan mematuhi arahan yang terhasil pada otak itu sendiri.
Ia organ yang mengawal deria seperti mata hidung,telinga,lidah tangan ,kaki dan seluruh badan.